Koleksi Gambar

Friday, December 20, 2013

Juadah Petang

Petang adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh saya. Manakan tidak, menanti rakan berbual, rakan bergaduh, rakan bermanja dan rakan mengadu itu dan ini kembali ke sarang. Siapa lagi, suami sayalah, en. Nasri bin Mat Nasir. Kebiasaanya suami akan bermain ping pong dan bolasepak dahulu sebelum pulang membuatkan waktu sampai kerumah berenjak sehingga Magrib. Sebagai isteri , saya cuba memahami dan memberi peluang kerana ini adalah waktu riadah yang amat bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan.
Kebiasaannya apabila suami mahu bertolak pulang atau sedang memandu kereta untuk kembali kerumah, dia akan menghubungi saya mengadu lapar dan bertanya ada apa-apa yang boleh dimakan sebagai isyarat saya menyediakan sesuatu. Biasanya saya sudah tahu dan cuba sedaya upaya menyediakan juadah petang yang bertepatan dengan citarasanya. Sudah pasti kuih muih manis tidak termasuk didalam senarai kerana tidak bertepatan selera suami dan menurut kajian yang pernah saya baca kebanyakan lelaki juga begitu.Pernah juga saya kemalasan, tiada idea dan kekurangan bahan sehingga saya menyediakan jemput-jemput bilis setiap petang. Walaupun bahan minima tetapi setaraf hidangan hotel pelangi di bandar Muar (perasannya saya ) Teringat lagi saya jemput-jemput bilis yang mempunyai kulit mewah bersalut bilis garing. Kadang kala bahan paling minima hanya tepung , garam dan sedikit perasa dan bilis yang banyak sebagai melengkapi ramuan resepi saya.
Suatu hari di suatu petang suami saya call seperti biasa:
Suami: awak dah masak ke?
Saya: baru nak masak....
Suami: jangan buat jemput jemput bilis lagi, jemu la...
Saya:  hahaha....
( sampai macam tu sekali).

Hari ini mulut kami penat mengunyah kebab ciptaan saya. Konsep: kreatif dengan apa yang ada tetapi standard baham macam kat kedai.
( haha, masuk bakul angkat sendiri lagi).

No comments:

Post a Comment