Koleksi Gambar

Friday, December 27, 2013

Perceraian

Tahun 2013 saya telah melihat perceraian demi perceraian yang berlaku disekeliling saya. Lebih memilukan mereka yang rapat dengan saya yang mengalaminya. Lebih ralat lagi pasangan , mereka berdua turut mengenali saya.

Saya juga sudah memahami ragam selepas perceraian. Jangan kata saya buta menilai pemikiran lelaki dan wanita kerana saya lebih dulu pernah melalui pengalaman perceraian dalam keluarga saya.

Biasalah jika bersuami isteri, manusia sanggup berkongsi apa sahaja dengan pasangan dari segi harta atau anak anak, malangnya selepasa perceraian boleh pula wujud dendam, balas membalas dan tidak mahu berkongsi lagi. Lebih menyedihkan pasangan sudah tidak memahami kesusahan atau bebanan yang ditanggung pasangan lain. Biasanya yang berat memikul ialah isteri kerana mereka ini sudah kehilangan tunggak utama penyumbang kewangan keluarga. Lebih menyedihkan jika isteri dari awal lagi tidak bekerja dan mendambakan kerjaya ikhlas dan berkebajikan sebagai suri rumah. Mereka ini melaksanakan tugas dirumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan menjaga anak atas dasar kasih sayang, tanggungjawab dan pergorbanan sebagai isteri .sayangnya harapan yang dibina kecundang bukan atas kehendak sendiri apabila perceraian menjadi titik akhir dalam perhubungan rumahtangga.

Saya dirujuk sebagai konsultan yang tugasnya memberi nasihat , mendengar masalah dan cuba memberikan pandangan. Saya sarankan mereka membuat keputusan dari hati dan bukan semata mata taklid cadangan saya. Pada saya mudah yang amat, pendapat dan perlaksanaan dari diri sendiri lebih afdhal dengan risiko yang akan kita terima. Saya mahu bertanya kepada anda, anda puas hati atau tidak sekiranya anda menerima musibah daripada keputusan atau cadangan orang ketiga berbanding anda sendiri membuat keputusan? Hanya anda yang tahu jawapannya.

Rakan saya berpisah dengan suami mereka baru baru ini kerana antara puncanya
1. Suami mahu berkahwin lain
2. Suami ikut jantan lain
3. Sihir

Masalah yang timbul selepas itu

1. Penjagaan anak
2. Nafkah
3. Harta sepencarian

Solusi yang saya cuba berikan
1. Motivasi
2. Berbincang
3. Lupakan
4. Bertolak ansur
5. Turunkan ego
6. Redho
7. Berjaga jaga

Semoga tulisan ini sedikit sebanyak menyampaikan ilmu berkenaan rumahtangga daripada penulisan saya. Jika gusar atau tidak setuju, maafkanlah saya  kerana mungkin kelemahan saya menyampaikan maksud atau pandangan secara berhikmah.

* tulisan dan pandangan ini mewakili situasi pasangan yang terlibat dalam masalah perceraian ketika ini, masa ini dan yang saya kenali. Diluar sana malah ada yang lain cara pendekatan dan penyelesaian. Lebih banyak yang bertolak ansur diluar sana tetapi kita sering bertemu dengan situasi yang tidak sempurna seperti situasi yang saya tuliskan. Maaf jika ada yang terasa.

No comments:

Post a Comment