Koleksi Gambar

Monday, September 17, 2012

baju melayu hijau

Emm! sedang saya buat soalan peperiksaan untuk budak, tiba-tiba bunyi mesin basuh saya berbunyi seperti enjin motorbot yang rosak. Bayangkanlah bunyinya yang meresahkan dan menimbulkan tandatanya. Tetapi saya anggap itu perkara biasa kerana bukan pertama kali berlaku.
Tidak lama selepas itu ketika menyangkut pakaian saya mendapati sehelai baju kegemaran suami saya terkoyak nampak seperti terkena seterika. Ralatnya hati saya kerana baju ini masih baru dan amat disayangi suami. Ini ialah baju raya tahun lepas yang kami beli di Masjid India, dan baju ini yang sering menjadi pilihannya ketika mengacara atau terlibat dengan mana-mana majlis rasmi. Saya tertanya-tanya apakah puncanya sehingga baju ini rosak sebegini teruk. Kalau disebabkan oleh mesin basuh takkan nampak ada seperti kesan terkena besi panas. Sungguh misteri.
Kalau kesan seterika siapa yang buat? Suami saya serius tidak mengaku kerana tiada siapa yang mennyeterika baju itu. Akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa ini kesan daripada mesin basuh. Saya meletakkan baju yang saya belek-belek berkali-kali dengan hati yang ralat bersama-sama lenyapnya aura si baju hijau. Maafkan saya tuan empunya bahu. Mungkin gambar ini dapat mengubati rasa rindu memakai baju melayu itu.
    
baju hijau pucuk pisang kesayangan tuan hamba

No comments:

Post a Comment