Koleksi Gambar

Friday, September 21, 2012

fasiliti kepada pelabur unit amanah- Eksklusif.

setiap pelabur unit amanah samada secara tunai, arahan debit (tolak daripada akaun bank pelabur)  dan kwsp boleh mendaftar Public Mutual Online ( saya konsultant bagi public mutual) di mana-mana public bank atau public mutual. bezanya jika anda mendaftar di public mutual anda akan mendapat id dan password  on the sport okey! Kalau tidak anda kenalah tunggu seminggu atau dua minggu pin dan id sampai ke peti pos anda.

Macamana anda nak manfaatkan public mutual online?

Rugi sangat sesiapa yang tidak memanfaatkan public mutual online. kepada pelabur-pelabur, anda boleh cek nilai unit amanah setiap hari, bila-bila masa sahaja anda mahu dalam akaun anda. Nilai terkumpul pelaburan RM ada ialah setelah dikalikan unit dengan nilai pada hari itu kalau anda ada 100000 unit dan nilainya hari itu bagi seunit ialah RM1 maka pelaburan anda berjumlah RM100000. Tapi kalau keesokkannya nilainya naik keparas RM1.50, maka jumlah pelaburan anda dalam RM ialah RM150000*.

Katakanlah anda sudah berpuas hati dengan pulangan pelaburan anda, anda boleh menjualnya dengan klik REPURCHASE dan secara automatik unit anda telah terjual dan anda hanya perlu menunggu dalam seminggu atau dua minggu cek atau wang anda dimasukkan kedalam akaun anda. (transaksi yang saya pernah buat mencatat 3 hari bekerja sahaja kemasukan wang ke dalam akaun).

Dengan nasihat konsultan anda juga boleh membeli ketika harga pasaran menurun bagi membolehkan anda mendapat lebih unit amanah. Nilai minimum pembelian hanya RM100. Nasihat saya belilah dengan kemampuan maksimum kerana selepas itu jika harga unit naik 2 sen sahaja, anda sudah boleh menikmati pulangan pelaburan.

Switching
jika anda merasakan masa yang sesuai untuk switching unit amanah anda dari fund A kepada fund B yang lebih baik pergerakannya maka anda bolehlah klik SWITCHING. Saya pernah buat switching dari Public China Ittikal kerana pergerakan graf menurun dan mencatat nilai pelaburan rendah kepada Public Islamik dividen Fund. Dalam masa tidak sampai dua bulan , kerana PIDF aktif turun naik, saya boleh menarik nafas lega kerana menerima pulangan yang menguntungkan.

Direct debit:
anda juga boleh buat membuat direct debit ketika harga unit merudum jatuh. Lebih bagus jika anda ada akun public bank dimana trnsaksi anda teramatlah mudah. (hanya dihujung jari).

Dalam Public Mutual Online juga anda boleh menukar sebarang maklumat peribadi tanpa mengisi borang.

manfaat lain?

bayangkan jika anda ada masalah kesihatan
tangan anda tak boleh digunakan untuk menurunkan tandatangan (kalau)
public mutual/public bank jauh daripada tempat anda
anda malas nak keluar
budget minyak masa dan tol....

nah segeralah manfaatkan fasiliti yang disediakan dalam public mutual online atau singkatannya PMO.

Best tak?

*contoh yang diberi hanya untuk memberi gambaran sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pelaburan

http://www.publicmutual.com.my/

No comments:

Post a Comment