Koleksi Gambar

Wednesday, December 7, 2016

Dapat Akal

Hari ini Ammar tak banyak tidur sebagaimana semalam. Dari seawal 5 pagi sampai Magrib barulah Ammar saya nampak tidur agak puas. Mungkin dia pon penat juga. Menyusu adalah rutin dia pada hari ini. Semalam lain pula. Menyusu sekejap dan selepas itu tidur.

Sebagai ibu saya cuba menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Pastikan Ammar tidak menangis kerana saya tak sampai hati melihat emosinya terganggu jika merasa saya tidak disisinya.

Tadi baru saya berbincang dengan suami dan menyatakan pendapat saya. Seorang bayi percaya bahawa ibubapa akan melindunginya, menyayangi, memeluk, memberi kehangatan dan bagai adiwira buatnya apabila dia memerlukan. Jadi bayi itu dapat merasai siapa yang memegangnya walaupun dia belum nampak dan mendengar sepenuhnya. Mungkin apabila saya membiarkan dia menangis apabila berada didalam kendongan orang lain sehingga merasa terancam atau merasa tidak diperdulikan maka dia mendapat akal untuk menarik perhatian ibu selepas peristiwa itu. Bagaimana? Itulah kesimpulan hasil dari penaakulan saya mengapa dan mengapa Ammar yang baru berusia dua bulan dan lebih sedikit ini tidak mahu saya berenggang dengannya.

Apabila saya berfikir balik, ya .. saya ada membiarkan orang lain memegangnya lama dan walau dia menangis mengharapkan saya mengambilkan saya masih membiarkan dan mengharapkan Ammar akan biasa bersosial. Dan hari ini Ammar mendidik saya supaya menjadi ibu yang melindungi dan tidak mementingkan perasaan sendiri serta jangan menaruh kepercayaan kepada orang lain.

Bukan! Bukan saya manjakan anak, tetapi saya cuba menyelami bahawa anak saya tidak selesa didalam kendongan orang lain. Ya, orang memegang anak saya sambil bercakap agak kuat dan mungkin kasar pada Ammar. Cara orang menggendong dan bergurau seperti memeluk kuat membuatkan Ammar sakit. Lagi, mereka juga ingat Ammar suka di agah agah sedangkan walidnya selalu menegur saya jika saya memegang kuat takut-takut menyakiti bayinya ini.

Pengajarannya, jangan sesekali mengabaikan kehendak dan keperluan perasaan bayi anda kerana selepas itu ia akan mendapat akal bagaimana memberi didikan kepada anda.

Mood# tak sempat nak luruskan pinggang lagi.


Perkembangan

Boleh angkat kepala. Tegakkan leher

Menggawang tangan, boleh kontrol sendiri

Senyum

Menegur

Mencari suara ibu

 

No comments:

Post a Comment