Koleksi Gambar

Tuesday, June 18, 2013

2 cerita terkena yang berbeza

Suatu petang saya dalam perjalanan pulang daripada Muar menuju ke Melaka. Saya harus mengambil suami saya di tempat kerjanya kerana sudah berjanji begitu. Ketika memandu kereta saya meneguk air jambu yang cantik hijaunya dan nampak segar pula. Rasanya manis dan masam mungkin campuran dari serbuk asam. Sambil memandu, saya santai mendengar radio dan berkhayal seketika. Entah bagaimana dalam sedap meneguk air saya berasa sesuatu rasa menyengat di deria rasa lidah saya.
Otak saya menangkap dan menduga tepat rasa itu. Ya, semut kepala hitam. Mahu di luah keluar cermin kereta dengan kelajuan 90km sejam rasanya kurang sopan. Silap haribulan air akan terpercik kemuka saya kembali. Air jambu berkumpul dan tidak jadi ditelan.
Idea datang apabila melihat gelas plastik jernih yang masih berbaki suku air jambu batu ini. Tanpa membuang masa saya menyalurkan air dari mulut melalui straw ke tempat asal. Hilang masalah saya.
500 meter lagi saya hampir memasuki perkarangan Masjid Al Azim, tempat dimana saya perlu menjemput suami saya. Dalam masa yang sama, saya menerima panggilan telefon yang berkaitan dengan kerja saya. Saya melayan panggilan sehingga apabila parking dihadapan suami sayapun, perbualan belum dapat diselesaikan.
Saya menghulurkan gelas plastik berisi sisa air jambu kepada suami dengan isyarat tangan supaya dia membuang ke dalam tong sampah yang bersetentang dengan kereta kami. Saya sibuk bercakap di dalam telefon, suami pon ketika itu sedang melayani rakannya bercakap.
Perbualan selesai, suami saya masuk kedalam kereta dan saya :
Saya; dah buang air jambu tadi?
Suami ; dah habis saya buanglah
Saya:awak minum ke?
Suami : iyelah, awak yang bagi saya kan?
Saya:...............
Oh tidak.... sehingga sekarang apabila teringatkan peristiwa itu saya akan ketawa gelihati. Suami pula tidak mahu mengingati pengalaman ngeri dan meloyakan.


Kisah 2.
Saya di masukkan ke wad tingkat 10 PPUM untuk menjalani satu operation kecil yang dipanggil laparoscopy.  Sesudah menjalanI pembedahan saya dibawa ke wad dari bilik OT atau operation teater. Terasa ada jari kasar menguit tangan saya seolah memberitahu keberadaannya. Saya tahu itu suami saya. Ketika di tolak ke bilik pembedahan dia masih dalam perjalanan daripada ofis ke hospital. 

Dengan pening pening kesan ubat bius saya menggagahkan mata melayan suami dan mak cik Tangsit yang datang melawat. Mungkin kalau hanya suami sahaja yang ada saya sudah bantai tidur sahaja. Banyak cerita yang kami kongsi dan sekurang kurangnya tidaklah saya memikirkan denyutan diperut kesan pembedahan kecil tadi. Usai sahaja suami dan mak cik saya melawat, jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Ya, mata saya mahu tidur sangat sangat. Saya terjaya pada pukul 12.30 pagi dek kehadiran nurse dengan bekalan ubat dan sedikit minuman. Baik betul nurse jaga saya. Kemudian saya terjaga lagi pada pukul 1.30 pagi , tak silap saya ketika itu nurse mengambil air kencing yang penuh di dalam plastik pundi kencing melalui saluran penutup di bawah plastik. Tak selesa sungguh saya, tapi apa boleh buat. 

Selepas itu mata saya sukar lelap mungkin kerana tidur terlalu awal. Pukul 3.30 saya terjaga dan akhirnya saya mengambil keputusan tidak tidur. Lampu dinding di hujung atas kepala saya, saya buka melalui tali yang tersedia. Ada 3 buah buku yang sedang saya habiskan sepanjang saya di wad, satu berkenaan kewangan, dua berkenaan takaful dan tiga berkenaan keagamaan. 2 sudah habis saya baca. Satu kepuasan rasanya.
Saya capai lagi satu buku sementara menanti pagi.

Badan saya berasa sungguh tidak selesa kerana hendak kencing hanya melalui saluran yang di pasang, mahu mandi, macam tak selesai dengan organ tambahan ini.
Pukul 5.30 nurse datang menjengok dan terkejut melihat saya tidak tidur, saya katakan saya terjaga awal dan minta tolong bukakan pundi, jika boleh. Nurse menolak dengan baik dan memberi alasan perlu menunggu pakar surgeons terlebih dahulu. Saya beri alasan susah mandi, tetapi nurse yang lebih arif memberi cadangan dan alternatif yang saya guna pakai selepasnya.

Saya masuk kebilik air dan mandi sepuasnya. Di dalam bilik air ada jag plastik yang saya gunakan sebagai penadah air untuk jirusan yang lebih memuaskan selain daripada paip pancuran. Akhir sekali, saya meletakkan berus gigi dan ubat gigi di dalam jag plastik supaya tidak bercampur dan terjatuh ke lantai . Ada juga terdetik mahu berkumur dengan jag plastik itu tetapi tidak jadi.

Badan sudah segar, baju sudah berganti. Ya,  betul cakap nurse tadi, tiada masalah mandi dan membersihkan diri dengan spare part baru saya. Saya membaringkan badan dan rasa mahu tidur sekejap tetapi terganggu dengan kehadiran nurse . Dalam sedar saya melihat dia menadah air kencing ke dalam bekas, kemudian masuk kebilik air. Dan baru saya sedar bekas jag plastik yang sama yang saya gunakan tadi yang digunakan untuk kegunaan membuang bahan buang badan.

Oh tak dapat saya bayangkan berapa banyak lagi air kuning dari saluran buangan yang masuk kedalam jag plastik yang saya tadah mandi dan hampir hampir saya gosok gigi dan cuci dari air yang ditadah dengan jag air.
Jag air plastik

Laparoscopy
Air jambu batu

No comments:

Post a Comment