Koleksi Gambar

Thursday, October 10, 2013

Kenangan mengusik hati dan ujian

Sesekali saya teringat perkara yang menyedihkan. Bolehlah saya klasifikasikan salahfaham, fitnag dan buruk sangka yang berjaya menusuk ke jiwa manusia. Ini membabitkan hubungan silaturahim. Walaupun tidak sedarah tetapi ianya cukup bermakna. Terasa kasih sayang, mawaddah dan rahmah.

Kami sering berkongsi cerita, meluah rasa tidak puas hati atau bercerita hal yang menyukakan. Sukanya hati apabila berjanji untuk sama-sama pulang ke kampung halaman. Anak-anaknya juga rapat dengan saya sementelah suami suka melayan.

Sebelum itu, sukar untuk saya rapat orang sepertinya. Manakan tidak, kalau berkata ikut sedap rasa dan tidak kenal pangkat. Cuma sejak kebelakangan itu, mungkin kerana faktor masa menyesuaikan diri yang lama kami boleh berkongsi banyak perkara dan menjadi akrab.

Facebook menjadi penghubung yang jauh. Tidak perlu bertanya khabar kerana update status dan gambar sudah menceritakan segalanya. Saya akui saya jarang like gambar-gambar yang dikemaskininya sebagaimana dia sering buat pada status atau gambar yang saya masukkan. Mungkin saya tidak menyokong atau tidak mahu bersetuju pakaiannya. Dia tidak seksi mana tetapi bukan dia sahaja, mana-mana teman sekalipun jika tidak menutup aurat saya tidak mahu bersekongkol melebarkan sayap dosa dengan berkongsi di wall saya. Ia merebak seperti sistem MLM. Jika saya like atau share ada orang lain tanpa sedar boleh melihat walaupun tanpa izin.

Suatu hari , saya melihat wall sahabat itu diserang oleh lelaki pertengahan usia. Caranya tidak berpuas hati kerana setiap sms tidak dilayan. Sombong dan angkuh katanya. Lalu atas dasar kasih sayang saya hanya menegur sahabat itu melalui private messengger.

'Jagalah aurat sebagai muslimah'

Ringkas tetapi mungkin menyakitkan bagi dia. Niat saya itu adalah ibarat teguran kakak kepada adiknya. Saya juga risau sekiranya penyerang status fb tadi bertindak lain pula. Itulah dasar mengapa saya menegur sahabat.

Terjadi perkara yang tidak diingini apabila saya disangka membawa mulut atas kejadian yang tidak saya lakukan. Panggilan telefon bernada kurang ajar juga sms terus kepada suami menyuruh menegur saya dengan bahasa kasar. Tidak cukup dengan itu, saya diburukkan di fb dan menjadi bualan dikalangan yang terdekat.

Mungkin ini balasan saya kerana menjadi pendengar setia dan saling berkongsi masalah. Serik rasanya mahu mempercayai manusia yang bertindak berdasarkan emosi yang dangkal.

Saya menangis didalam hati. Kadang saya merasa sakit hati sendiri. Sekiranya dia memburukkan saya, saya tidak membalas. Saya tidak mahu seperti dia yang berfikiran singkat dan gopoh dalam tingkahlaku. Doa saya biarlah Allah sahaja membalas atau mengampuninya.

Kini , kami tidak baik seperti dahulu walaupun kami berdamai secara tidak rasmi di Aidilfitri baru-baru ini.

Setelah apa yang telah terjadi, sukar saya mempercayai manusia yang saya percaya boleh berkongsi suka duka dan rahsia. Serik .

Untuk berbaik seperti dahulu saya tidak pasti kerana saya tidak nampak lagi usaha atau keikhlasan.

Tetapi saya tetap merindui saat-saat kami berkongsi suka duka, tangis dan tawa yang rahsia. Saya sayangkan dirinya yang dahulu.

Sekarang saya tidak nampak dirinya yang dahulu. Yang saya lihat hanyalah kemegahan yang tidak diiktiraf dimata Allah.

Teringat saya kisah dan ibrah serta sikap nabi Yusuf yang tidak berdendam dikhianafi saudaranya.

Yusuf berkata 'pada hari ini atau tidak ditempelak atau tidak disalahkan (tentang perbuatan kamu yang terlanjur itu) semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dialah yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.

Surah Yusuf ayat 92.

No comments:

Post a Comment