Koleksi Gambar

Wednesday, October 30, 2013

Sensitif

Selepas scan semalam, perasaan menjadi sungguh sensitif hingga terbawa-bawa ke hari ini. Banyak yang saya terfikir. Seolah-olah hilang kekuatan untuk bertahan mental dan fizikal.
Apa yang ada dalam fikiran saya?
Saya kasihkan suami , kesabarannya membuatkan saya yang terasa menzaliminya, manakan tidak, saya membebankan dia dengan kos ivf tetapi harapan tipis sebab tak nampak jantung baby. Kegembiraannya hanya sementara. Apa yang saya tangisi lebih kepada kemungkinan-kemungkinan yang tak pasti. Huhuhu!.
Saya rasa saya merugikan diri saya sendiri dengan tidak bekerja, menanti dan dalam penantian sehingga akhirnya membebankan saya dan suami.
Huhuhu
Huhuhu
Nak nangislah......
Oklah, ini bukan bab wang lagi..... ini bab baby tak nampak jantung dan kemungkinan pregnancy failed.  Huhuhu.....
Orang klinik kata jangan stress stress nanti lagi susah....dahlah semalam sepasal tersedih kat klinik....huhuhu...
Mulalah perasaan meroyan lain datang. Huhuhu.
Sebelum nih saya yang tak habis-habis nasihat dan motivasi orang lain.
Sekarang kena kat batang hidung sendiri....huhuhu....

La tahzan...peluang masih ada two weeks. Hope nampak jantung baby.
Huhuhu....

No comments:

Post a Comment