Koleksi Gambar

Friday, May 17, 2013

Gelagat suami orang

Ini kisah 12 tahun yang lepas, waktu tu umur saya baru 21. Baru lepas graduate. Kiranya fresh lagi.
Saya kerja memilih supaya saya dapat gaji besar dan dapat tolong keluarga sedikit.
Saya memilih kerjaya eksekutif jualan.

Klien saya sepasang suami isteri yang nampak sejahtera rumahtangga. Urusan pembelian di atas nama isteri. Suami sebagai back up sahaja. Si isteri mahu membelikan kereta untuk suami.

Suami klien saya bekerja sebagai polis.

Ketika menghantar kereta ke rumahnya di Batu 9 (customer servis), saya dijemput masuk dengan baik pasangan ini masuk keteratak comel mereka, sebuah rumah kampung ditengah Pekan wilayah Hulu Langat . Untuk penyerahan mereka perlu menandatangani dokumen penyerahan sebagai memenuhi syarat penyerahan. Saya di layan baik oleh tuan rumah yakni suami isteri ini lebih lebih lagi suaminya.

Suaminya dihadapan saya nampak budiman dan menghargai sungguh pengorbanan isteri. Saya akui klien wanita saya ini tidak cerewet dan mudah saya berurusan. ( bertuahnya suami dapat isteri baik).

Selesai urusan , dua tiga hari kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada suaminya. Nampak agak lain macam sedikit dan seperti mahukan perhatian saya.
Mungkin kerana saya tidak melayan ,sejak dari detik itu, telinga saya menerima pelbagai komplain dari si suami klien kononnya kereta barunya mempunyai pelbagai masalah.
( sebenarnya dia yang bermasalah)

Saya faham dia protes kerana saya tidak melayan dia. Hai abang polis ni, depan isteri pijak semut pun tak mati.

No comments:

Post a Comment