Koleksi Gambar

Friday, May 17, 2013

Ujian kecergasan

Saya akan menjalani ujian kecergasan pada esok hari. Peserta dikehendaki mengenakan baju sukan.
Oleh kerana suami saya merupakan orang yang paling mengambil berat penampilan saya walaupun saya ni sebenarnya tak kisah sangat asalkan ok, maka saya diajak ke Jaya Jusco atau sekarang JJ sudah dijenamakan  AEON kalau tak silap sayalah.
Kasut sukan dan seluar tracksuit dipilih oleh suami. Saya puji suami saya bab pilih memilih apa yang bakal dikenakan di badan saya. Saya pula sudah serik memilih dan membeli sendiri kerana ada sahaja yang tidak kena. Warna tak cantiklah, besarlah dan yang sebenarnya tidak menepati selera dia.
Untung juga begitu kerana setiap kali inginkan sesuatu, saya hanya perlu menunggu dia free dan ajak shoppingkan untuk saya.
Macam itu jugalah keperluan untuk esok hari. Dan paling best, saya tak payah keluarkan duit.
Selesai memilih saya disuruh test.  Cantik juga kasut yang dipilih, nampak sporty , feminin dan class. Seluar pula yang tidak menampakkan bentuk.
Balik sahaja kerumah saya sudah menghafal apa yang perlu saya buat. Test kasut, test seluar dan berlari anak keliling ruang tamu rumah kami yang lapang. Ok , menurut perintah.
Itu kisah semalam, dua hari sebelum hari ujian. Hari ini suami belikan tshirt putih sebagaimana yang disyaratkan didalam borang.
Dan seperti saya biasa saya cuba kenakan baju dan pusing depan belakang dihadapan dia untuk melihat ok atau tidak.
Kali ini ada komplaim dari dia yang baju dibeli agak jarang walaupun materialnya dari kain tebal. Kena pakai innerlah jawapannya.
SelesaI..... oh belum lagi kerana.....
Esok saya kena tunggu dia komplain pasal tudung yang saya kenakan pula.

* mungkin pada sesetengah orang apa yang saya ceritakan ini menggambarkan sikap suami yang mengongkong. Sebenarnya pada saya tidak, inilah hiburan dan asam garam rumahtangga. Malah saya bangga kerana setiap apa yang nak saya kenakan dan apa yang saya akan buat semuanya diambil berat.

No comments:

Post a Comment