Koleksi Gambar

Friday, May 17, 2013

Zahid Hamidi - perangai tak mature

Uhh,! Tak patut sungguh seorang menteri mempertikaikan rakyatnya hanya kerana tidak bersetuju dengan pru13 baru baru inI dan dibahasakan supaya keluar ke negara yang mengamalkan sistem sebagaimana yang dikehendaki.
Inikah wajah seorang menteri yang memahami hati rakyat. Sungguh tidak profesional dan kebudak budakkan apabila hanya mahu rakyat mengikut apa yang disuapkkan.
Hai pak menteri, sendiri mau ingatlah , rakyat kat luar sini membayar cukai, gaji anda kami yang biayai, anda naik kerana mandat dari kami semua. Yang tidak mengundi anda janganlah direndah rendahkan seolah mereka tidak pernah ada jasa terhadap anda. Yang mengundi tidak semestinya setuju 100% dengan dasar anda dan parti.
Hai pak cik menteri! Anda ini cepat melatah rupanya, kalau mengikut saudara pengarang Abdul Jalil Ali dari Sinar Harian anda ini layak ikuti kelas ESQ untuk kontrol diri anda.
Maaf! Abang Zahid Hamidi, marah anda, gelagat anda, teguran anda , telatah budak tadika macam anda ni cuma buat kami kat luar sini nak gelak sakan kat anda.
Oh ya, jangan lupa baca ulasan DR Maza yang saya rasa memang ditujukan kepada yb Zahid Hamidi.
Kesian kan....
Komen dr Maza http://drmaza.com/home/?p=2396

No comments:

Post a Comment