Koleksi Gambar

Sunday, May 19, 2013

Selamat Hari Lahir Suamiku

Sedang saya melayari internet saya teringatkan tarikh hari ini 19 Mei. Saya tengok jam sudah 00.39am. Maksudnya bukan 19 tetapi 20. Oh tidak.... saya lupa lagi mengucapkan awal kepada pak we saya. Hati saya melonjak suka tetapi rasa macam terlambat pun ada. Selama ini selalunya sayalah orang yang paling lambat membuat ucapan.

Dulu: saya ditegur dihadapan pelanggan merangkap rakan yang berbangsa India kerana tidak mengingati hari lahirnya. Waktu tu rasa teruk sangat apabila diperlekehkan.

Selepas daripada itu saya sedaya upaya mengingati kerana takut dikatakan tidak prihatin. Suami saya ni memang sensitif orangnya kalau kita tak ingat hari hari penting ni. Terbalik kan. Bertuah saya kerana dia selalu meraikan walaupun terlambat apabila tiba hari penting saya.

Oklah sempena birthday dia , hari ini saya nak tulis sesuatu sebagai penghargaan dan hadiah buat suami.

Situasi 1.
Kami parking kereta ditepi jalan yang gelap, kemudian kami menapak ke rumah rakan suami dikawasan taman. Kami dilayan baik dan agak lama sehingga saya merasa perlu mengambil galaxy tab untuk menunjukkan sesuatu kepada isteri tuan rumah. Lalu saya:

Saya.: saya nak gi kat kete jap.....
Dia : nak buat apa.?
Saya: ambil galaxy tab jap.....
Dia: ( macam tak bagi ambil).....
Saya : kejap je.....
Lalu saya keluar menuju kejalan raya yang agak gelap. Memang saya risau dan takut kawasan tak berlampu takut ada orang jahat tapi saya beranikan juga. Belumpun saya keluar pagar saya lihat suami turut sama keluar dan memantau saya dari situ. Kurang sikit rasa takut.

Situasi 2

Saya pergi jogging petang itu dan Alhamdulillah habis dua round Lake Valley BTHO. Esoknya saya menghadiri ujian kecergasan di Pusat Latihan Kemas ILIM.  Malamnya lesu rasa seluruh badan lebih lebih lagi kaki saya ni.
Dengan rasa prihatin seperli selalu kaki saya diurut. Saya tau dia urut macamana. Tangan dia ni buat sendi dan betis kita sakit tetapi hasilnya superb. Alhamdulillah macam selalu, sendi saya yang sakit beransur kurang serta merta.

Situasi 3

Saya dah siapkan makanan dan hidang. Selesai semuanya saya pun duduk menghadap makanan dan sultan dalam rumahtangga kami ni. Tiba tiba time tu lah pula dia minta kicap dan sos.

Dia: ala , awak dah duduk, baru nak minta tolong...
Saya : tau nak suruh ambil kicap ngan sos kan......
Dia : ( buat muka seposen, ingat saya simpati)
Saya : ala saya baru duduk, kesian saya..... awak baikkan , tolong ambil jap
Dia : ( muka malas)
Saya : (start mengira) 1, 2, ti....
Hooray dia bangun!

Selalunya macam tu lah, dia yang suruh, dia yang kena. Tak sampai hati dengar isteri merayu. Saya? Macam Ranging    pon adakan.....

Situasi 4

Dia : awak! Saya ada terbacalah buku tentang tamadun ke masyarakat 2 , 3 hari lepas.... tapi lupa buku apa....
Saya:(dengan megah dan perasan library bergerak untuk suami saya pun bangun untuk mencari seperti selalu. Reaksi dia pula, eceh pantang sebut buku)
           Buku macamana....  tak silap saya ada beli kat pesta buku baru-baru ni karya Ahmad Salaby.
Dia : ye kot, saya lupalah!
Saya: ( saya pon cari kat dalam bilik buku, uhh! Tak jumpa dalam timbunan buku baru beli yang memang saya belum susun lagi. Saya mula rasa tak puas hati sebab tak jumpa. Mustahil saya dah simpan kat rak buku.)
Dia: kalau takder takpelah ti......
Saya:mana boleh takder ( saya tak puas hati lalu saya buka galery gambar kat si tab dan tengok samada saya salah agak.) Ha! kan betul saya ada beli.... awak ada bawa pergi opis ke?
( kali ini saya pula mendesak dia. Tak puas hati selagi dia tak cakap dia ada ambil dan tertinggal kat opis atau kereta. Bukan apa kalau tiada dan tahu buku tu dimana senanglah hatI saya).

Akhirnya nak tak nak terpaksalah dia mengakui mungkin ada kat offis sebab nak hentikan soalan yang sama dari mulut saya ni.

Baru puas hati saya. Hehehe!

Cukuplah 4 situasi yang nak menggambarkan betapa kita saling memerlukan. Apapun peristiwa yang berlaku antara kita samada sedar atau tanpa disedari, kecil atau besar saya tetap mengingati dan ambil kisah. Setiap momen ada masam masam manisnya.

Happy Birthday sayang. Moga selepas ini kita dapat menjadi lebih baik antara satu sama lain kearah akhirat demi Allah dan Rasulullah SAW tercinta.

No comments:

Post a Comment