Koleksi Gambar

Sunday, May 19, 2013

Tutup! Tutup! Tukar! Tukar!

Saya bukanlah gemar sangat tengok rancangan realiti yang berunsurkan hiburan ini.  Selalunya saluran Astro akan menayangkan rancangan yang saya maksudkan ini. Mungkin kita semua biasa mengikuti rancangan Akademi Fantasia, Konsert Kilauan Emas, Bintang Kecil, Malaysian Idol dan One in a Million. Kalau ada pun yang saya suka ialah seperti rancangan Adik Adikku, Celebriti Master Cheft (itupun puas juga saya kutuk sebab tengok diorang merapu) dan Fear Factor Malaysia. Jika ada pun rancangan yang tidak saya sebut tetapi seangkatan dengannya memanglah amat saya alu alukan. Yang penting rancangan ini mestilah ilmiah dan menghiburkan.
Ada beberapa adegan yang saya tahu jika diundang pasti akan menimbulkan reaksi yang tidak disukai oleh Kekanda Nasri.
Contoh:

Telinga saya menangkap Kekanda Nasri sedang membuka pintu bilik. Di tangan saya ada remote control tv yang saya sering alih alihkan channelnya kerana bosan. Dengan niat ingin mengusik, saya alihkan ke channel 104 yang memaparkan konsert Kilauan Emas.

Kekanda Nasri : tukar! Tukar!  Saya tak suka cerita macam ni. Dah tua patutnya ingat nak mati......
Saya: ( kan saya dah kata).

Situasi lain.

Kekanda Nasri sedang tidur di hadapan tv. Saya pula melayan bosan sebab tiada siapa nak berlawan sembang. Lalu tv saya buka dan menukar siaran untuk melihat apa rancangan yang menarik.
Kebetulan malam itu ada disiarkan Pertandingan Akhir Juara Lagu 2012 lalu.....
Saya kuatkan volume untuk melihat reaksi orang yang sedang tidur itu.

Kekanda suami: tutup!  Tutup!  Saya tak suka cerita macam ni.
Saya: ala, jap laa....
Kekanda suami: kalau nak tengok juga kecikkan suara atau tukar. Kalau tak tutup!

Hahaha!  Kan saya dah kata.....

No comments:

Post a Comment